Isi kandungan[sorokkan] |
Ciri-ciri
Burung Merbah Jambul Hitam ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Merbah Jambul Hitam ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang dilitupi bulu pelepah. Paruh Burung Merbah Jambul Hitam tidak bergigi. Burung Merbah Jambul mempunyai keunikan di mana memiliki bulu pipi berwarna merah terang dan beberapa helai bulu pelepah diatas kepala yang menyerupai jambul. Mempunyai suara yang merdu dan memiliki kelincahan sehingga ramai penggemar Burung memilih Burung Merbah Jambul sebagai haiwan belaan.Makanan
- Telur semut
- Telur kerengga
- Belalang
- Buah pisang
- Buah betik
- Buah mentimun
- Buah oren
- Petola
- Madu
- Buah-buahan tropika yang mudah didapati atau hidup meliar secara semula jadi
Pembiakan
Burung Merbah Jambul Hitam membiak dengan bertelur. Telur Burung Merbah Jambul Hitam bercangkerang keras.Burung Murai Batu
Burung Murai Batu | |||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||||
|
Burung Murai Batu (bahasa Inggerisnya: White-rumped Shama merupakan burung passerine dalam keluarga Muscicapidae. Ia dahulunya dikelaskan sebagai keluarga Thrush, Turdidae. Ia merupakan salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Copsychus malabaricus.
Isi kandungan[sorokkan] |
Taburan
Burung Murai Batu boleh didapati di Semenanjung Malaysia. Burung Murai Batu adalah burung tempatan di Asia Selatan, tetapi turut dibawa ke Kaua'i, Hawai'i, pada awal 1931 dari Malaysia, dan ke O'ahu pada 1940. Ia biasanya terdapat di hutan lembah atau dipermatang selatan Ko'olau, dan biasanya bersarang di bawah semak atau pokok rendah hutan daun lebar tanah rendah.Ciri-ciri fizikal
Ia biasanya seberat 1 dan 1.2 auns dan sekitar 9 hingga 11 inci panjang. Burung jantan hitam berkilat dengan dada warna berangan (chestnut) dan bulu putih pada ekor dan hujung ekor. Burung betina adalah lebih keperangan, dan biasanya lebih pendek berbanding burung jantan. Kedua jantina mempunyai paruh hitam dan kaki merah jambu. Burung jantan muda mempunyai warna keperangan atau kelabu, menyerupai burung betina, dengan dada bertompok.Tabiat
Bunyi nyanyian spesies ini amat merdu dan pelbagai yang menjadikannya popular sebagai burung sangkar di Asia Selatan dengan tradisi ini berterusan di Asia Tenggara. Bunyinya amat kuat dan jelas, dengan pelbagai frasa, dan sering kali mengajuk bunyi burung lain. Ia juga menghasilkan bunyi klik ('Tck') dengan sayapnya apabila resah atau terbang di kawasan terbuka mencari makan.[1] Salah satu rakaman kicauan burung yang pernah di buat dihasilkan dengan spesies ini. Rakaman ini dihasilkan pada tahun 1889 dari burung dikurung menggunakan silinder lilin Edison oleh Ludwig Koch di Jerman.[2]
Burung Murai Batu makan serangga hidup liar tetapi dalam kurungan di beri makan bijiran legume yang direbus dan kering dengan kuning telor dan daging mentah.[3]
Pembiakan
Di Asia Selatan, burung Murai Batu mengawan dari Januari hingga September tetapi kebanyakannya pada April dan Jun bertelur empat atau lima biji telur [4] dalam sarang terletak dalam rongga pada pokok.[5] Semasa mengawan, burung jantan akan mengejar burung betina, hinggap di atas burung betina, membuat bunyi panggilan nyaring, dan kemudian mengembangkan ekornya. Ini kemudiannya diikuti dengan pola penerbangan turun naik oleh pasangan tersebut. Sekiranya burung jantan gagal menarik minat burung betina, burung betina akan mengancam burung jantan, mengacu dengan paruh terbuka.Sarang dibuat oleh burung betina sendirian sementara burung jantan berkawal.[1][6] Sarang diperbuat kebanyakannya dari akar, daun, dan batang pokok Paku, dan pengeraman biasanya berlansung selama 12 hingga 15 hari dan tempoh dalam sarang purata 12.4 hari. Kebiasaannya ia akan memilih lubang pada dahan pokok mati untuk bersarang. Burung betina akan bertelur antara 2 hingga 3 biji setiap musim. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarangnya. Kedua pasangan memberi makan anak burung sungguhpun hanya burung betina mengeram dan menjaga anak.[1] Telur bewarna putih hingga biru lembut (light aqua), dengan tompokan keperangan, dan sekitar 0.7 hingga 0.9 inci.
Pengekalan
Burung Murai Batu merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.Burung Serindit
Burung Serindit | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Serindit jantan Serindit betina | ||||||||||||||
Status pemuliharaan | ||||||||||||||
Pengelasan saintifik | ||||||||||||||
| ||||||||||||||
Nama binomial | ||||||||||||||
Loriculus galgulus (Linnaeus, 1758) |
Isi kandungan |
Ciri-ciri
Burung Serindit ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah, dan paruh tanpa gigi. Burung Serindit adalah sejenis burung yang terdapat di dalam genus burung serindit Loriculus. Burung ini berukuran kecil, dengan panjang mencapai 12cm. Sebahagian besar bulunya berwarna hijau dengan bulu ekor berwarna merah.Burung Serindik jantan dan betina mempunyai warna yang serupa. Burung Serindit jantan memiliki bercak kepala berwarna biru dan bercak tenggorokan berwarna merah. Burung Betina berwarna lebih kusam dibanding jantan.
Jantung burung ini terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Taburan
Populasi Serindit tersebar di hutan dataran rendah, dari permukaan laut sampai ketinggian 1,300m di negara Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand.Burung Serindit hidup berkelompok. Burung ini memiliki kebiasaan aktif memanjat dan berjalan daripada terbang. Ketika beristirahat, burung serindit menggantungkan badan ke bawah. Makanannya terdiri daripada sayuran hijau, buah-buahan, padi-padian dan aneka serangga kecil.
Pembiakan
Sebagai burung, Serindit membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.Burung Serindik betina biasanya bertelur antara tiga hingga empat butir telur, dan mengeram selama 18 hingga 20 hari.
Spesies ini mempunyai daerah penyebaran yang luas dan mudah dilihat di habitatnya. Burung Serindit dinilai sebagai berisiko rendah di dalam IUCN Red List dan didaftarkan dalam CITES Appendix II.
Burung Cenderawasih
Burung Cenderawasih | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Burung Cenderawasih Kecil, Paradisaea minor | ||||||||||
Pengelasan saintifik | ||||||||||
| ||||||||||
Genus | ||||||||||
13, lihat teks |
Yang paling terkenal kerana bulu mereka adalah spesies genus Paradisaea, termasuk spesies jenis burung Cenderawasih Besar, Paradisaea apoda. Spesies ini digambarkan dari contoh yang dibawa balik ke Eropah dari ekspedisi perdagangan. Spesimen ini disediakan oleh pedagang tempatan dengan membuang kaki dan sayap mereka, yang mendorong kepada kepercayaan bahawa burung ini tidak pernah hinggap tetapi kekal terapung oleh bulu mereka. Ini memberikan nama Inggeris mereka "Burung syurga - birds of paradise" dan nama saintifik apoda - tanpa kaki.
Kebanyakan spesies memiliki upacara mengawan yang rumit, dengan spesies Paradisaea mempunyai sistem mengawan jenis Lek. Yang lain, seperti spesies Cicinnurus dan Parotia, mempunyai tarian mengawan yang khusus, dengan spesies menggayakan jambul dalam gaya tarian ballet tutu yang merupakan tabiat yang mengkagumkan bagi burung kerana persamaan secara tidak sengaja dengan tarian hula dan limbo.
Kepercayaan tahyul
Merurut kepercayaan tahyul, burung Cenderawasih berasal dari kayangan. Ia dikatakan hanya minum air embun dan apabila ia jatuh di bumi, ia akan mati, namun badannya tidak akan reput.Ia mempunyai cerita dan lagenda tersendiri. Kata orang burung ini membawa tuah. Selalu juga dikaitkan sebagai berkhasiat tinggi dalam perubatan. Ia juga dikaitkan dengan pelaris kepada sesiapa yang memilikinya.
Burung cenderawasih ini juga dipercayai penjaga sejenis batu permata (zamrud hijau) yang tinggi nilainya pada masyarakat nusantara.